Bengkel ''Assessment Of Learning Through Exams With Bloom’s Taxonomy'' | PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
» BERITA » Bengkel ''Assessment of Learning Through Exams with Bloom’s Taxonomy''

Bengkel ''Assessment of Learning Through Exams with Bloom’s Taxonomy''

SERDANG, 13 Mac 2025 – Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel "Assessment of Learning Through Exams with Bloom’s Taxonomy" dengan penyertaan yang sangat menggalakkan. Bengkel ini telah dikendalikan secara hibrid, dengan kehadiran 121 peserta secara fizikal di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra, UPM, serta 81 peserta dalam talian.

Bengkel ini bertujuan memperkukuh pemahaman dan kemahiran tenaga pengajar dalam pentaksiran pembelajaran menggunakan Taksonomi Bloom sebagai asas utama dalam reka bentuk penilaian akademik.

Penceramah jemputan bagi sesi ini ialah Puan Zuraimi Zakaria, Pensyarah Kanan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam pentaksiran alternatif, pembangunan kurikulum, serta analitik data pendidikan, beliau berperanan aktif dalam melatih tenaga pengajar serta memperkukuh amalan penilaian akademik di peringkat nasional dan antarabangsa.

Peserta diberi pendedahan mendalam mengenai Taksonomi Bloom serta pendekatan efektif dalam merangka soalan peperiksaan yang berkualiti dan sejajar dengan hasil pembelajaran. Bengkel ini turut merangkumi sesi interaktif dan perkongsian amalan terbaik dalam pentaksiran pembelajaran.

CADe-Lead UPM merakamkan penghargaan kepada semua peserta atas penyertaan aktif serta kepada Puan Zuraimi Zakaria atas perkongsian ilmu yang bermanfaat. Kami berharap ilmu yang diperoleh dalam bengkel ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di fakulti masing-masing secara berterusan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini.

 
 

Tarikh Input: 14/03/2025 | Kemaskini: 19/03/2025 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
Z, (07:20:57pm-07:25:57pm, 05 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]