Jawatankuasa Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran UPM (JKIPP UPM) | PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
» JAWATANKUASA » Jawatankuasa Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran UPM (JKIPP UPM)

Jawatankuasa Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran UPM (JKIPP UPM)

 
 

Bersesuaian dengan definisi inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran tidak hanya menumpukan pada e-pembelajaran tetapi juga merangkumi pelbagai kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran, Pusat Pembangunan Akademik (CADe) melalui Mesyuarat Pengurusan ke-96 telah bersetuju untuk menjenamakan semula Jawatankuasa e-Pembelajaran (JKeP) UPM sebagai Jawatankuasa Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (JKIPP) UPM. Penjenamaan ini dilihat perlu bagi pengembangan inovasi pengajaran dan pembelajaran akademik UPM agar lebih efektif dan berkesan.

Untuk memastikan inovasi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan ke semua lapisan masyarakat di UPM, anggota JKIPP dilantik berdasarkan syarat berikut:

  1. pegawai akademik yang terlibat secara langsung dalam urusan dan aktiviti yang berkaitan dengan inovasi pengajaran dan pembelajaran di fakulti, ATAU
  2. pegawai akademik yang pakar dalam urusan pelaksanaan inovasi pengajaran dan pembelajaran di fakulti.
 
 
 

Terma Rujuk Ahli JKIPP UPM adalah seperti berikut:

 
 
  1. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan inovasi pengajaran dan pembelajaran di UPM.
  2. Menyediakan dasar, garis panduan dan amalan terbaik inovasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk rujukan akademik, pensyarah, pelajar dan KPI berkaitan.
  3. Memantau dan merancang penambahbaikan berterusan sistem yang memudahkan pelaksanaan inovasi pengajaran dan pembelajaran.
  4. Mengawal, memantau dan meningkatkan kualiti kandungan pengajaran dan pembelajaran.
  5. Membantu merancang keperluan infrastruktur, sumber, latihan dan sokongan berkaitan inovasi pengajaran dan pembelajaran.
 
 
 

Senarai ahli JKIPP UPM

 

 

Kemaskini:: 13/09/2023 [azryadeny]

PERKONGSIAN MEDIA

SXETAAa~